Peralatan Luarbiasa Dan Unik Untuk Kemudahan Anda

Peralatan Luarbiasa Dan Unik Untuk Kemudahan Anda

Kisah 1001: Semoga Kisah-Kisah Di Laman Ini Dapat Memberi Sedikit Sebanyak Pengetahuan Kepada Anda.

1) Dahsyatnya Kiamat!
2) Awas! Bahaya Teh Ais.
3) Apakah Yang Rasullullah Makan
4) Otak Akan Rosak Jika Mengamalkan 1o Perkara
5) Kenapa Perlu Berwudhuk Sebelum Sembahyang
6) Jangan Terus Hidupkan Air Cond Kereta Anda Sebaik Menaiki Kereta!
7) Menakjubkan: Cara mudah mencari muka surat dalam al-Quran
8) Mengupas Misteri Keajaiban Air Zam-Zam
9) Suku Dayak Merah (Red-Indian) Amerika Adalah MUSLIM ! 



1) Dahsyatnya Hari Kiamat!!                                 Dengar & Baca Tafsir Al-Quran Online.
                                                                                     Untuk kembali ke laman blog ini semula, klik anak panah di sudut atas kiri.
                                                                                                      (Klik Sini Terjemahan Al Quran Dalam Bahasa Melayu)


MESTI BACA! MARILAH KITA MENGINSAFI DIRI. KALAU RASA DIRI ANDA KERDIL SILA BACA .




Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.



Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

Pemimpin yang adil.
Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

 ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)


Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.





Gambarajah diatas hanyalah untuk gambaran sahaja. Jauh lebih dahsyat sebenarnya.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.


Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya anda ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ? Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ? Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

Sedekah/amal jariahnya.
Doa anak-anaknya yang soleh.
Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

BERSEDIAKAH KITA JIKA BERLAKUNYA ESOK? DENGAN AMALAN YANG TERAMAT SEDIKIT, BAGAIMANA UNTUK KITA MENJAWAB TENTANG AMALAN-AMALAN YANG TELAH DILAKUKAN?  KITA SEMUA BAKAL HADIR KE SUATU PADANG BERNAMA PADANG MASYAR NANTI. PASTI!!


2) Awas ! Bahaya Teh Ais !

Teh ais sepertinya memang menjadi kegemaran ramai dan iannya mudah untuk kita temui baik diwarung pinggir jalan hingga restoran mewah pun menyediakan teh ais sebagai salah satu menu minumannya.

Tahukah anda, disebalik kenikmatan dan kebaikan teh yang diperkatakan itu, teh ais menyimpan potensi yang membahayakan kesihatan. Sebuah kajian yang dilakukan oleh Loyola University Chicago Stritch School of Medicine menunjukkan bahawa kekerapan mengambil teh ais secara berlebihan boleh meningkatkan risiko menderita penyakit batu karang.

Seperti dipetik dari akhbar Times of India, teh ais mengandungi kuantiti dan konsentrasi tinggi oksalat (oxalate acid), salah satu bahan kimia utama yang membantu dalam pembentukan batu karang.

“Bagi mereka yang memiliki kecenderungan sakit batu ginjal,  teh ais secara jelas menjadi minuman terburuk,” kata Dr John Milner, pembantu profesor di Department Urology, yang turut membantu dalam kajian itu.

Milner mengatakan, teh panas juga sebenarnya menyimpan kesan buruk yang sama. Hanya saja, penyediaan dan penyajian teh panas biasanya lebih sedikit kuantitimya. Secara logiknya pula , orang meminum teh panas tidak akan sebanyak bila meminum teh ais. Sangat jarang orang mengambil teh panas ketika haus. Berbeza dengan teh ais, di mana banyak orang sanggup meminumnya lebih dari segelas ketika haus dan cuaca panas.

Pembentukan Batu Karang
Oleh sebab itu, Milner menyarankan agar mereka ini menggantikan pengambilan minuman itu dengan air kosong, atau mencampurnya dengan limau. “Limau kaya dengan kandungan citrates, yang dapat menghambat pertumbuhan batu karang,” kata Milner.

Batu karang adalah kristal kecil yang terbentuk dari mineral dan garam yang biasanya ditemui dalam peluh, ginjal atau saluran kencing. Mineral tak terpakai itu umumnya akan keluar dari tubuh bersama urin, tetapi dalam keadaan tertentu boleh mengendap dan membatu di dalam saluran kencing.

Para pengkaji juga menyenaraikan sejumlah makanan lain yang berpotensi mendatangkan bahaya kesihatan. Mereka antara lain menyenaraikan: bayam, coklat, kekacang, garam, dan daging.

Sebaiknya, pengambilan teh ais dan makanan-makanan itu diambil secara sederhana demi kesihatan ginjal. Sertakan pula pengambilan itu dengan makanan tinggi kalsium yang dapat mengurangkan oksalat dalam tubuh. Dan, tentu saja perbanyakkan meminum air kosong.



3) Apakah Yang Rasullullah Makan

1.  JENIS MAKANAN

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah sampaikan kepada kenalan anda yang lain dengan klik logo email dibucu halaman ini. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda tidak akan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU. Contohnya: Hidangan KOKTEL

2.  CARA MAKAN

1. JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI, SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

2. TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.

3. JANGAN SESEKALI TINGGALKAN MAKAN MALAM. BARANG SIAPA YANG MENINGGALKAN MAKAN MALAM, DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

4. Dalam kitab juga melarang kita dari makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nampak memang sukar.. tapi, kalau tak percaya...cubalah... Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek....Kesannya akan dirasai bila kita sudah tua nanti. Nabi pernah melarang kita makan ikan bersama susu kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan sistem usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk(bukan air batu) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allahjauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur(yaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa. Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzim banyak terkandung di celah jari jemari, berjumlah lebih 10 kali ganda berbanding yang terdapat dalam air liur. (enzim juga sejenis cecair percerna makanan)

 C.  TATACARA PEMAKANAN RASULULLAH:

-Mulakan dengan Bismillah

Dari 'Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, " Apabila seorang daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah (yakni: 'Bismillah' ). Jika dia terlupa menyebut nama Allah pada awal (mula makan), maka sebutlah 'Bismillahi awwaluhu wa akhirahu' "(HR Abu Dawud dan atTirmidzi.)
Gunakan tangan kanan (tangan kiri dilarang)

Dari Salamah bin al-Akwa' r.a., seorang lelaki sedang makan dengan tangan kirinya berhampiran dengan Rasulullah s.a.w. Maka Baginda berkata: "Makanlah dengan tangan kananmu". Lelaki itu berkata: "Aku tak boleh". Baginda menjawab, "Engkau tidak boleh!? Tidaklah yang menghalangnya kecuali sifat bongkak!! Kemudian tidak dapat diangkat tangannya ke mulut." (HR Muslim)
Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya." (HR Muslim)
Makan yang berhampiran.

Dari Umar bin Abi Salamah r.a. berkata, aku merupakan hamba di rumah Rasulullah s.a.w., dan pernah tanganku menjalar-jalar ke serata hidangan (ketika hendak makan). Maka Rasulullah s.a.w berkata: "Wahai budak, ucapkan 'Bismillah', makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah apa yang hampir denganmu." (HR Bukhari dan Muslim)

-Galakan guna tiga jari.

Dari Ka'ab bin Malik r.a., "Aku melihat Rasulullah s.a.w. makan menggunakan tiga jari..(ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah)" (HR Muslim)
Larangan mencela makanan

Dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Tidak sekali-kali Rasulullah s.a.w mencela makanan. Jika Baginda menyukainya, maka Baginda makan. Jika Baginda tidak menggemarinya, maka Baginda tidak makan" (HR Bukhari dan Muslim)
Tidak bersandar ketika makan

Dari Abi Juhaifah Wahb bin Abdullah r.a. berkata: Rasullah s.a.w bersabda, "Aku tidak makan sambil bersandar" (HR Bukhari)

-Kutip makanan yang terjatuh.

Dari Jabir r.a., Sabda Rasulullah s.a.w., "Apabila jatuh sebahagian (kecil) makanan seorang dari kamu, ambil dan buang bahagian yang terkena kotoran dan makanlah ia, dan jangan tinggalkan ia untuk syaitan, dan jangan dia menyapu tangannya dengan kain sehingga dia menjilat jarinya dahulu kerana dia tidak mengetahui pada makanannya, bahagian mana yang terdapat keberakartan" (HR Muslim)
Mula makan dari tepi (pinggir)

Dari Ibn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Keberkatan terdapat di tengah-tengah makanan, maka mulakan makan dari tepi dan jangan mulakan makan dari tengah" (HR Abu Dawud dan Tirmidzi)
Jilat jari setelah selesai

Dari Ibn Abbas r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila seorang daripada kamu telah selesai makan makanan, maka jangan disapu jari-jari sehingga dijilat (terlebih dahulu) atau dijilatkan (oleh orang lain)" (HR Bukhari dan Muslim)


-Doa setelah selesai makan

Dari Abi Umamah r.a., "Adalah Nabi s.a.w. apabila selesai makan menyebut, 'Alhamdulillahi katsiran toyyiban mubarakan fih, ghaira makfiyyin wa la muwaddi'in'. wa la mustaghnan 'anhu rabbana' " (HR Bukhari)
Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesiapa yang selesai makan, kemudian menyebut, 'Alhamdulillah- illazi ath'amani haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin', akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (HR Tirmidzi)


-Galakan bercakap

Dalam al-Adzkar, Imam Nawawi mengatakan, “Dianjurkan berbicara ketika makan. Berkenaan dengan ini terdapat sebuah hadits yang dibawakan oleh Jabir ra sebagaimana yang telah kami kemukakan dalam “Bab memuji makanan”. Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam kitab al-Ihya mengatakan bahwa termasuk etika makan ialah membicarakan hal-hal yang baik sambil makan, membicarakan kisah orang-orang yang shalih dalam makanan.” (al-Adzkar hal 602, edisi terjemah cet. Sinar baru Algen Sindo)


Menurut al-Hafidz dan Syaikhul Islam Ibn al-Qayyim rh, pendapat yg benar ialah Nabi saw bercakap dan berbual semasa makan. Dalam kitabnya alZaad (2/397), ada kalanya Nabi bertanya apakah menu pada hari ini dan memuji menu tersebut (HR Muslim: 2052), ada kala Nabi saw mengajar adab dan susila makan kepada kaum keluarganya (HR alBukhari: 5061) dan ada ketika Nabi sentiasa menggalakkan tetamu beliau supaya menambah laukpauk dan minuman (HR alBukhari 6087). Adalah tidak benar meja makan menjadi tempat yg kaku dan senyap sepi dari perbualan.
Tetapi, tidaklah bercakap itu apabila makanan penuh di dalam mulut.

Wassalam...Sama-samalah kita mengamalkannya.......WallahuA'lam



4) Otak Akan Rosak Jika Mengamalkan 10 Perkara

1. Tidak mengambil sarapan pagi.
    Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah.
    Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
    Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
    Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit   'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
    Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada
    itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
   Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak      dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
    Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
   Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida    
   berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat.
   Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa
   kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi.
   Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan
   tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
  Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan     otak kita.


5) Kenapa Perlu Berwudhu Sebelum Sembahyang ?

Syarat mendirikan solat ialah mengambil wudhuk .Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wudhu’. Pernahkah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini. Kenapa tidak?? Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga? Banyak rahsia dalam kandungan wudhu’ yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wudhu’ yang dapat diungkapkan ialah:

Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu’. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa. Pakar saraf / neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu’ yang menyejukkan hujung-hujung urat syaraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.Anda tentu pernah mendengar akupunktur kan? Cuba cari tahu dimana saja letak titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur? Lalu kemudian amati rukun wudhu’. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.

Pada anggota badan yang terkena semasa berwudhu’ terdapat ratusan titik akupunktur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wudhu’. Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem syaraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan). Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik bila dibandingkan dengan syariat wudhu yang disyari’atkan 15 abad yang lalu.

Jumlah Titik Akupunktur Pada Anggota Wudhu’ (rukun dan sunat):

Muka 84
Tangan 95
Kepala 64
Telinga 125
Kaki 125
Jumlah keseluruhan = 493!

Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wudhu’!! Subhanallah!!  Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari…Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wudhu. Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki & tangan…apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya kongsikan: Dari ilmu ahli akupuntur, di celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang yang istmewa yang dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.

Berkenaan telinga pula, walau pun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduhu’ kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan.

Titik akupuntur di telinga. 125 disentuh semasa mengambil wudhu’. Subhanallah…sungguh luar biasa rahsia wudhu’… Semoga rahsia Wudhu’ ini memberi manfaat kepada anda.Wallahualam.


6) JANGAN HIDUPKAN PENGHAWA DINGIN SEBAIK SAJA MENAIKI KERETA.

Harap dapat berkongsi dengan sahabat anda yang lain : Bahaya Air-Cond!!

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa.Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen)

Ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta. Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila. Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa.

Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen)

Ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta. Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran. Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut. Cadangan kepada anda, supaya menggunakan sejenis kipas penyedut keluar udara panas dan wap kimia berbahaya seperti Benzene. Menggunakan TENAGA PERCUMA dari kuasa solar yang beroperasi secara automatik sepenuhnya di tengah panas atau tapak meletak kenderaan. Memperkenalkan KIPAS PENYEDUT HAWA PANAS BERKUASA SOLAR. Sila klik di sini.

Kipas pengudaraan kereta yang berkuasa solar sepenuhnya ini berfungsi sebagai 'ventilator' yang bekerja dengan cekap serta senyap. Ciptaan ini beroperasi mengeluarkan udara panas, wap kimia berbahaya dioxine dan benzene serta bau-bauan yang terperap didalam kabin sewaktu meletakkan kereta anda di tengah panas terik membakar. Walaupun tingkap kereta anda tertutup rapat, pada setiap 20 minit secara automatik kipas berkuasa solar akan menghembus keluar hawa panas kenderaan serta bau-bauan yang terperap lalu menggantikan dengan udara luar yang lebih segar dan lebih kaya oksijen. Terbaru - 1 watt (lebih bertenaga) berbanding kebanyakan yang dijual di pasaran iaitu hanya 0.3 watt dan semestinya lebih murah.

7) Menakjubkan: Cara Mudah Mencari Muka Surat Dalam Al-Quran

Bismillahirrahmanirrahim.  Nak kongsikan ngan kawan-kawan semua. Tips menarik untuk kita. Hebatnya Kuasa Allah. Bila dah jumpa, tiada apa yang keluar dari mulut saya ni melainkan hanya perkataan. SUBHANALLAH..

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya. Ada 2 benda yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah.Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah bukan diciptakan manusia.

Tip yang nak kongsikan ni adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat mengetahui muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8. Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82 Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18. Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, sungguh menakjubkan.
JOM BACA QURAN. FAHAMI DALAM BAHASA MALAYSIA SEDAYA UPAYA YANG BOLEH. SEGALANYA PERCUMA ! Klik pada link di bahagian atas sekali laman blog ini. Terjemahannya boleh ditukar ke Bahasa Melayu.

Jika sekiranya anda ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:  Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.  Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
Sedekah/amal jariahnya.
Doa anak²nya yang soleh.
Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


7) Mengupas Misteri Keajaiban Air Zam-Zam

Selama ini kita mengenal telaga Zamzam dari buku-buku agama. Namun sebenarnya ada penjelasan ilmiah secara saintifik disebaliknya. Cabang ilmu geologi dalam mempelajari tentang air adalah hydrogeologi.

Bermula dengan kisah Isteri Nabi Ibrahim, Siti Hajar yang mencari air untuk anaknya, sumur (punca air) ini kemudiannya tidak mempunyai ceritanya lagi sehinggakan sumur ini dikhabarkan hilang.Sumur Zam-zam yang kita lihat sekarang ini adalah sumur yang digali oleh Abdul Muthalib iaitu datuk kepada Nabi Muhammad. Sumur Zam-zam ini dikategorikan sebagai sumur yang digali. (Dug water well)

Bentuk sumur Zam-zam
Sumur ini memiliki kedalaman sekitar 30.5 meter. Pada kedalaman 13.5 meter ketas, sumur ini menembusi lapisan alluvium Wadi Ibrahim. Lapisan ini merupakan lapisan pasir yang sangat berliang. Lapisan ini mengandungi batu berpasir hasil transportasi dari tempat lain. Mungkin dahulu mempunyai lembah yang dialiri sungai, tetapi sudah kering pada zaman sekarang. Atau mungkin tempat tersebut merupakan satu dataran rendah hasil runtuhan atau pengumpulan hasil pelapukan batuan yang lebih tinggi topografinya.

Mata air zamzam
Dibawah lapisan alluvium Wadi Ibrahim ini terdapat setengah meter (0.5 m) lapisan yang telap air (permeable). Lapisan yang telap air inilah yang merupakan tempat utama keluarnya air-air di sumur Zam-zam.

Dalam kedalaman 17 meter ke bawah, sumur ini menembus lapisan batuan keras yang berupa batuan beku diorit. Batuan beku jenis ini (Diorit) memang agak jarang dijumpai di sini, tetapi sangat banyak dijumpai di Semenanjung Arab. Pada bahagian atas batuan ini dijumpai rekahan-rekahan yang juga memiliki kandungan air.

Dari ujikaji pengepaman sumur ini mampu mengalirkan air sebesar 11 - 18.5 liter/saat, 660 liter/minit atau 40 000 liter/jam. Ini menunjukkan celah-celah atau rekahan ini mengeluarkan air yang cukup banyak. Ada celah (rekahan) yang memanjang kearah hajar Aswad dengan kepangjangan 75 cm dan ketinggian 30 cm. Ada juga beberapa rekahan kecil memanjang ke arah Shaffa dan Marwa. Kajian juga menemui terdapat celah sumur dibawah tempat Thawaf.

Air hujan sebagai sumber berkah
Kota Makkah terletak di tengah-tengah lembah. Menurut SGS (Saudi Geological Survey), luas lembah yang membekalkan air ini adalah seluas 60 Km2 sahaja dan ini tidaklah terlalu luas untuk dijadikan sebagai tempat penadah air hujan.

Sumur ini secara hydrologi hanyalah sumur biasa dan memerlukan perawatan dan penjagaan. Perawatan sumur ini termasuk menjaga kualiti kebersihan air dan bekalan air supaya dapat memenuhi keperluan para jamaah haji di Makkah.


Gambar diatas menunjukkan lokasi sumur Zamzam yang terletak ditengah lembah yang memanjang. Masjidil haram berada di bahagian tengah diantara bukit-bukit disekitarnya. Luas kawasan takungan yang hanya 60 Km persegi ini tentunya cukup kecil untuk memerangkap air hujan yang sangat jarang berlaku di Makkah, sehingga memerlukan pengawasan dan pemeliharaan yang sangat teliti dan rapi.

Sumur Zamzam ini hanyalah seperti sumur yang biasa. Tidak terlalu istimewa dibanding sumur-sumur gali lain secara teologinya. Namun kerana sumur ini mempunyai makna dalam agama, maka ianya perlu dijaga. Banyak yang menaruh harapan pada air sumur ini kerana sumur ini dipercayai membawa berkah. Ada yang menyatakan sumur ini juga boleh kering kalau tidak dijaga. Terdapat kisah yang menyatakan sumur ini dijumpai kembali oleh Abdul Muthalib (datuk Nabi Muhammad SAW) setelah hilang selama 4000 tahun.

Dahulu diatas sumur ini terdapat sebuah bangunan dengan keluasan 8.3m x 10.7m = 88.8m2. Antara tahun 1381-1388 H bangunan ini dirobohkan untuk memperluas tempat tawaf. Tempat untuk meminum air zamzam dipindahkan ke ruang bawah tanah. Dibawah tanah ini disediakan tempat minum air zam-zam dengan sejumlah 350 paip air disediakan (220 paip untuk laki-laki dan 130 paip untuk perempuan). Ruang masuk lelaki dan perempuan dipisahkan.

Sekarang bangunan diatas sumur Zam-Zam itu sudah tidak ada lagi, bahkan tempat masuk ke ruang bawah tanah ini pun sudah ditutup. Ruang untuk melakukan ibadah Tawaf menjadi lebih luas. Tetapi kita masih dapat melihat tanda dimana sumur itu berada. Sumur itu terletak kira-kira 20 meter di sebelah timur Ka’bah.

Pemantauan Dan Pemeliharaan Sumur Zamzam
Jumlah jamaah ke Makkah tiga puluh tahun lalu hanya sekitar 400,000 orang dalam setahun. Angka ini terus meningkat menjadi lebih dari sejuta jamaah setahun pada tahun 1990-an. Dan sekarang ini sudah lebih dari 2.2 juta. Pemeliharaan sumur ini amatlah perlu jika dilihat dengan peningkatan jemaah yang mendadak.

Pemerintah Saudi tentunya tidak dapat berdiam diri dan pasrah membiarkan sumur ini dipelihara oleh Allah melalui proses alamiah. Namun pemerintah Arab Saudi yang sudah maju sekarang ini secara ilmiah dan saintifik membentuk sebuah badan khusus yang mengurus sumur Zamzam ini. Kita seharusnya bukan sekadar percaya 100% dengan menyerahkan kepada Allah sebagai penjaga, namun kita mesti yakin manusia juga perlu memelihara berkah sumur ini.

Pada tahun 1971, kajian hidrologi oleh seorang ahli hidrologi dari Pakistan bernama Tariq Hussain and Moin Uddin Ahmed. Kajian ini dibuat setelah seorang doktor di Mesir yang menyatakan air Zamzam tercemar oleh air sisa kumbahan dan berbahaya untuk diminum. Tariq Hussain ragu terhadap spekulasi adanya rekahan panjang yang menghubungkan laut merah dengan Sumur Zam-zam, kerana Makkah terletak 75 Kilometer dari pesisir pantai. Sebagai langkah berhati-hati, pemerintah Arab Saudi telah memodenkan Sumur Zamzam supaya terjamin kebersihannya.

Badan penyelidikan sumur Zamzam yang berada dibawah SGS (Saudi Geological Survey) bertugas untuk:

    -Memantau dan memelihara sumur supaya tidak kering.
    -Menjaga urban disekitar Wadi Ibrahim kerana mempengaruhi kandungan air.
    -Mengatur saliran air dari kawasan takungan air (recharge area).
    -Memelihara pergerakan air tanah dan juga menjaga kualitinya
    -Menaik tarafkan pam dan dan tangki-tangki penadah.
    -Mengoptimumkan bekalan air Zam-zam


Perkembangan Perawatan Telaga Zamzam

Pada zaman dulu, zam zam diambil dengan gayung atau timba. Selepas itu dibina pam air pada tahun 1373 H/1953 M. Pam ini menyalurkan air dari sumur ke tempat takungan air.

Ujian pam (pumping test) telah dilakukan pada sumur ini, pada pengepaman 8000 liter/saat selama lebih dari 24 jam memperlihatkan permukaan air sumur dari 3.23 meters dibawah permukaan menjadi 12.72 meters dan kemudian hingga 13.39 meters. Setelah itu pengepaman dihentikan dan permukaan air ini kembali ke 3.9 meters dibawah permukaan sumur hanya dalam tempoh 11 minit setelah pam dihentikan.

Banyak projek yang telah dijalankan oleh pemerintah Saudi untuk memelihara sumur ini seperti membentuk badan khusus pada tahun 1415 H (1994). Sekarang ini telah dibangunkan saluran untuk menyalurkan air Zam-zam ke tangki pengepaman yang berkapasiti 15,000 m3, bersambung dengan tangki lain di bahagian atas Masjidil Haram untuk kegunaan para jemaah. Selain itu air Zam-zam juga dibawa ke tempat-tempat lain menggunakan lori tangki diantaranya ke Masjidil Nabawi di Madinah Al-Munawarrah.

Sekarang, sumur ini dilengkapi dengan pam elektrik yang tertanam dibawah (electric submersible pump).

Kandungan Mineral
Tidak seperti air mineral yang lain, air Zam zam in amat unik dengan unsurnya mengandungi elemen-elemen semulajadi sebanyak 2000 mg perliter berbanding dengan air mineral semulajadi yang mengandungi elemen semulajadi tidak lebih dari 260 mg per liter. Elemen-elemen yang terkandng di dalam air Zam zam seperti:

   -Positif ion seperti sodium (250 mg per litre), calcium (200 mg per litre), potassium (20 mg per litre),     dan magnesium (50 mg per litre).
   -Negatif ion seperti sulphur (372 mg per litre), bicarbonates (366 mg per litre), nitrat (273 mg per
    litre), phosphat (0.25 mg per litre) and ammonia (6 mg per litre).

Molekul Air Zam Zam
Kandungan elemen-elemen kimia inilah yang menjadikan rasa air Zamzam sangat berlainan dari air mineral yang lain dan dapat memberikan khasiat dan tenaga kepada manusia. Air yang dibekalkan kepada jemaah disekitar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi merupakan air yang sudah diproses sehingga terasa lazat dan segar diminum. Ada juga yang telah disejukkan dan dipanaskan. Namun prosesnya higienisasi ini tidak menggunakan proses yang dapat mengubah rasa dan kandungan air ini.


9) Suku Dayak Merah (Red-Indian) Amerika Adalah MUSLIM !

Siapa yang tidak kenal dengan suku-suku Red Indian atau Dayak Merah sebagai penduduk asli Amerika. Filem-filem Hollywood kerap mempromosikan kehebatan koboi-koboi mereka bertempur dengan pahlawan Apache yang hanya bersenjatakan panah dan kapak 'tomahawk'. Lagi sekali kita tertipu. Seolah-olah Islam sama sekali tiada kaitan dan asing di bumi yang dipanggil Amerika. Rupa-rupanya ada sesuatu yang mereka sengaja gelapkan dari pengetahuan seluruh dunia. Kenapa ?





Jika anda melawat Washington DC, pergilah ke Perpustakaan Kongres (Library of Congress). Disana anda boleh melihat perjanjian kerajaan Amerika Syarikat dengan suku Cherokee, iaitu salah satu suku Indian, tahun 1787. Pada perjanjian itu, anda akan menemui tanda tangan Ketua Suku Cherokee yang bernama Abde Khak dan Muhammad Ibnu Abdullah.

Isi perjanjian itu antara lain adalah mengenai hak suku Cherokee dalam menjalankan perdagangan, perkapalan, dan pemerintahan suku cherokee pada waktu itu adalah mengikut undang-undang Islam. Anda juga akan menemui pakaian suku Cherokee yang menutup aurat sedangkan kaum lelaki memakai turban (serban).

Kaum wanita suku Cherokee menutup aurat
Cara berpakaian ini boleh didapati di dalam gambar atau lukisan suku cherokee yang diambil gambarnya sebelum tahun 1832. Ketua suku Cherokee beragama Islam yang terakhir adalah Ramadan Ibnu Wati

Bercakap tentang suku Cherokee, Sequoyah adalah salah seorang yang berpengaruh di dalam suku ini. Beliau adalah orang asli suku cherokee yang berpendidikan dan menghidupkan kembali Syllabary suku mereka pada 1821. Syllabary adalah seperti aksara. Jika kita sekarang mengenal abjad A hingga Z, maka suku Cherokee mempunyai aksaranya yang tersendiri.

Yang menariknya adalah aksara yang dihidupkan kembali oleh Sequoyah ini amat mirip dengan bahasa Arab. Bahkan, beberapa tulisan masyarakat cherokee abad ke-7 yang ditemui pada batuan di Nevada terpahat kata yang sangat mirip dengan kata "Muhammad" dalam bahasa Bahasa Arab.

Nama-nama suku Indian yang berasal dari bahasa Arab tidak hanya ditemui pada suku Cherokee (Shar-kee) shaja tetapi juga ditemui di dalam suku Anasazi, Apache, Arawak, Makah, Hohokam, Hupa, Hopi, Mahigan, Mohawk, Nazca, Zulu, dan Zuni.

Selain itu, beberapa ketua suku Indian juga mengenakan penutup kepala khas orang Islam seperti ketua Suku Chippewa, Creek, Iowa, Kansas, Miami, Potawatomi, Sauk, Fox, Seminole, Shawnee, Sioux, Winnebago, dan Yuchi. Ini semua dapat dilihat pada foto-foto di antara tahun 1835 dan 1870.

Secara umumnya, suku-suku Indian di Amerika percaya adanya Tuhan yang menguasai alam semesta. Bagi mereka, tuhan tidak dapat dilihat oleh panca indera. Mereka juga yakin bahawa tugas utama manusia yang diciptakan Tuhan adalah untuk memuja dan menyembah-Nya.

Seperti kata-kata seorang ketua Suku Ohiyesa: "In the life of the Indian, there was only inevitable duty. The duty of prayer and the daily recognition of the Unseen and the Eternal".

Bukankah Al-Qur'an juga memberitakan bahawa tujuan penciptaan manusia dan jin semata-mata untuk beribadah pada Allah.

Sejarah Islam Dan Suku Indian Cheeroke
Sejarah hubung kait islam dan penduduk Red Indian Amerika ini adalah panjang. Semangat orang-orang Islam dan China ketika itu untuk mengenal lebih jauh tentang dunia selain untuk melebarkan pengaruh, mencari sumber dan jalan perdagangan baru dan ini menyebabkan dakwah Islam semakin meluas dan mendorong mereka untuk lebih berani melintasi kawasan yang masih dianggap gelap dalam peta-peta mereka waktu itu. Sebagai contoh adalah Cheng Ho (nama islamnya Hajji Mahmud Shamsuddin) dan Ibnu Batutta. Selain itu terdapat juga pelayar-pelayar Islam yang lain tetapi tidak tercatat pada buku -buku akademik.

Para ahli geografi dan intelektual dari kalangan muslim yang mencatatkan perjalanan ke benua Amerika adalah Abul-Hassan Ali Ibn Al Hussain Al Masudi (meninggal tahun 957), Al Idrisi (meninggal tahun 1166), Chihab Addin Abul Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300-1384) dan Ibn Battuta (meninggal tahun 1369).

Menurut catatan ahli sejarah dan ahli geografi Muslim Al Masudi (871-957), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad adalah seorang penjelajah muslim dari Cordoba di Andalusia, telah sampai ke benua Amerika pada tahun 889 Masihi. Dalam bukunya, 'Muruj Adh-dhahab wa Maadin al-Jawhar' (The Meadows of Gold and Quarries of Jewels), Al Masudi melaporkan bahawa semasa pemerintahan Khalifah Sepanyol Abdullah Ibn Muhammad (888-912), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad berlayar dari Delba (Palos) pada tahun 889, menyeberangi Lautan Atlantik hingga menemui wilayah yang asing dan disebutnya sebagai Ard Majhoola. Kemudian beliau kembali dengan membawa pelbagai barangan yang menakjubkan. Selepas penemuan itu, banyak pelayaran menuju daratan di seberang Lautan Atlantik dilakukan. Al Masudi juga menulis buku 'Akhbar Az Zaman' yang memuat bahan-bahan sejarah dari pengembaraan para pedagang ke Afrika dan Asia.

Dr. Youssef Mroueh juga menulis bahawa semasa pemerintahan Khalifah Abdul Rahman III (tahun 929-961) dari dinasti Umayah, tercatat adanya orang-orang Islam dari Afrika yang berlayar dari pelabuhan Delba (Palos) di Sepanyol menuju ke barat lautan yang gelap dan berkabut , iaitu Lautan Atlantik. Setelah itu mereka berjaya kembali pulang ke Palos dengan membawa barang-barang bernilai yang diperolehnya dari tanah yang begitu asing pada masa dulu.

No comments:

Post a Comment