Peralatan Luarbiasa Dan Unik Untuk Kemudahan Anda

Peralatan Luarbiasa Dan Unik Untuk Kemudahan Anda

Terima kasih kerana berminat untuk menjadi pengedar kami.

Kami amat mengalu-alukan dan sememangnya membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar kami.Dengan menjadi pengedar kami, tugas anda hanya untuk mempromosikan produk-produk dilaman blog alatanluarbiasa dan jika ada pembelian, pelanggan akan membayar terus kepada anda dengan harga pasaran. Seterusnya, anda hanya perlu membayar kepada kami dengan harga pengedar sahaja. Disinilah anda akan mendapat keuntungan yang tinggi untuk setiap produk. Harga pasaran atau harga jualan semula mengikut kesesuaian anda. Kami tidak menetapkan sebarang harga jualan semula untuk semua agen jualan kami. Penghantaran produk akan dilakukan oleh pihak kami kepada pelanggan anda. Kos penghantaran produk juga akan ditanggung oleh pihak kami.

Anda juga perlu mengirim butiran lengkap berkenaan tempahan pelanggan anda melalui email atau telefon seperti:
  • Nama Produk Tempahan Dan Kuantiti
  • Nama Pembeli
  • Alamat Penuh Pembeli (Penting Untuk Penghantaran Produk)
  • No. Telefon Pembeli
  • Kod Agen Anda (Yang Akan Diberikan Setelah Anda Mendaftar Sebagai Agen Jualan).
Produk kami sememangnya unik dan berteknologi terkini dengan pasaran yang hampir 99.9 % masih belum diterokai untuk 18 juta bakal pembeli di Malaysia. Untuk menggalakkan lebih ramai peniaga, kami tidak mengenakan sebarang yuran atau modal permulaan untuk pendaftaran sebagai ejen pengedar.Anda tidak perlu menyimpan stok atau membuat penghantaran produk. Kami yang akan uruskan semuanya untuk anda! Kami sanggup uruskan walau hanya 1 tempahan dibuat dan berdasarkan harga gudang kami. Ianya hanyalah pengedaran runcit biasa, tidak terlalu teknikal dan bukanlah MLM.

Pemborong Juga Diperlukan.
Kami juga membuka peluang kepada pemborong. Sila taip (Pemborong) pada permulaan nama anda, jika anda berhasrat untuk mendaftar ahli dan membeli produk kami secara borong. Bagi kategori pemborong, tiada program dropship disediakan. Ini bermakna pemborong perlu membeli produk pilihan dengan harga borong dan membuat pembayaran tunai sebelum produk dihantar kepada pemborong. Pemborong juga perlu mengikut had borongan minima (kuantiti paling sedikit yang perlu diborong). Namun, sebagai pemborong, anda akan diberikan harga yang sangat berpatutan mengikut jumlah borongan yang telah ditetapkan.

Untuk menjadi pengedar atau pemborong gajet kami, sila ikuti langkah-langkah berikut :

LANGKAH 1:
Untuk menjadi pengedar kami, anda hanya perlu mengisi borang keahlian di akhir laman ini. Setelah mendaftar, anda boleh mula mempromosikan produk pilihan anda. Kesemua produk akan dijual mengikut harga pengedar. Sebagai pengedar kami, tiada tempahan minimum disyaratkan. Kami sanggup menguruskan penghantaran walau hanya satu tempahan produk dipesan serta ke mana sahaja  ke seluruh Malaysia dengan sepantas mungkin.

LANGKAH 2:
War-warkan kewujudan laman blog kami pada rakan-rakan anda dan orang ramai agar mereka turut juga bakal menjadi pelanggan anda.

Motivasikan diri anda. Tetapkan hala tuju hidup anda terlebih dahulu. Percayalah.. setiap usaha gigih anda sekarang, pasti akan nampak hasilnya suatu masa nanti. Yang penting jangan cepat mengalah dengan setiap cabaran yang mendatang. Anggaplah cabaran itu untuk mendewasakan dan mematangkan anda di dalam dunia usahawan ini. Kejayaan Anda Beerti Kejayaan Kami 

Jika ada tempahan dari pelanggan anda, pengedar perlu menghantar maklumat penuh pelanggan kepada kami beserta bayaran penuh harga pengedar.

# Kepada Agen yang telah mendaftar dan masih belum menerima sebarang email dari kami, anda boleh menyemak status pendaftaran anda dengan melihat nama anda di ruangan (Senarai Agen). Nama pilihan anda akan dipamerkan di ruangan tersebut bersama senarai pengedar yang lain.

Anda boleh terus mempromosikan produk pilihan anda dan menggunakan nama penuh anda sebagai kod agen pada setiap kali tempahan produk untuk pelanggan anda (Ini bagi yang tidak menerima sebarang kod agen) dan kepada yang menerima kod agen dari kami, anda perlu menyertakan kod agen tersebut.

Ini penting untuk mengesahkan anda adalah agen berdaftar. Sebenarnya, kami telah menerima email permohonan anda namun mungkin disebabkan rangkaian internet, anda tidak menerima semula email pengesahan dari kami.

# Kami mencadangkan anda menggunakan perkhidmatan email dari gmail untuk melancarkan setiap urusan pendaftaran agen atau pembelian produk melalui email. Ini kerana seringkali kami tidak dapat membalas kembali email yang dihantar menggunakan yahoo mail dan lain-lain.

Sila isikan butiran dibawah untuk permohonan menjadi agen pengedar atau pemborong. Bagi permohonan sebagai pemborong sila taip (PEMBORONG) di permulaan nama anda:


Nama Penuh:
Email:
No. Telefon:
Alamat:
Saya Seorang: Peniaga/Pemilik Syarikat
Pekerja
Lain-Lain

Bolehkah Butiran Berikut Dipaparkan 
Diruangan
'Senarai Agen' Bertujuan Sebagai Rujukan 
Penerimaan Pendaftaran Anda 
Dan Supaya Mudah Bakal
Pelanggan Anda Menghubungi Anda?
 Tunjukan Nama Seperti Tertulis Di Bawah, Email, No.Telefon, Lokasi Umum Saya.
 Tunjukan Nama Seperti Tertulis Di Bawah, Email Dan Lokasi Umum Saya.
Tunjukan Nama Pilihan Seperti Tertulis Di Bawah,  Dan Email Saya.
 Tunjukkan Nama Pilihan Seperti Tertulis Di Bawah Dan Lokasi Umum Saya.


Nama Pilihan Anda Serta Lokasi Umum Anda:


Dalam tempoh 24 jam selepas mendaftar, sila semak nama pilihan anda di senarai agen.

1 comment:

  1. salam bro ko jual harga pengedar/borong pon cam sme harga jual kt kedai.....lpas tu kitaorang nk jual harga brape....mahal la ko jual nie......ko siap berniaga pulak dgn pengedar or pemborong

    ReplyDelete