Peralatan Luarbiasa Dan Unik Untuk Kemudahan Anda

Peralatan Luarbiasa Dan Unik Untuk Kemudahan Anda

Kacamata Berkamera HD Fashion

Kamera Kacamata 720 HD DVR adalah kacamata PERTAMA DIDUNIA yang dimuatkan dengan teknologi rakaman berdifinasi tinggi HD. Kelihatan amat sempurna dan trendy. Ianya merupakan 'satu helah' yang paling spontan dan bergaya dalam merakam sesuatu saat yang amat penting dalam setiap misi anda ! Awas, ianya adalah sesuatu yang amat tidak disangka dan dijangka samasekali oleh setiap mangsa anda. Mutu gambar yang terang, jelas, kaya dan padat dengan spektrum warna




Sebagai pengguna kacamata HD Fashion, ianya adalah satu-satunya kamera yang menghasilkan video HD berkualiti terbaik dengan format gambar layar lebar yang direkabentuk sebagai gajet spy. Ianya amat bersahaja, kemana sahaja samada pergi membeli-belah, sambil memandu, menjemput anak ke sekolah, bertemu pelanggan, minum teh kedai mamak, ke masjid dan berjumpa kawan-kawan.



Hampir kesemua fail boleh dimuat turun ke komputer sebagai diari harian dan 'database' yang istimewa. Amat sesuai digunakan jika anda seorang pemerhati yang berkaitan dengan kerja-kerja pembelajaran, pencari bukti, wartawan, penguatkuasa, aktiviti berbasikal, anggota mesyuarat, aktiviti riadah atau untuk aktiviti kekeluargaan.


Ianya begitu mudah dikendalikan hanya dari satu butang saja. Juga begitu mudah untuk di muat turun segala imej rakaman gambar dan video ke komputer anda hanya menggunakan kabel USB.


Ciri-ciri:
Fungsi merakam video
Fungsi mengambil gambar pegun
Fungsi perakam suara digital
Fungsi penyimpan data mudah alih
Muatan memori 4gB bina dalam. 
Kacamata HD

Spesifikasi:  
Kualiti gambar beresolusi tinggi
Resolusi video:1280 X 720 piksel
Format video: AVI
Audio: Stereo
Lensa: 5 mega pixels kamera CMOS
Kelajuan rakaman: Max 30 frame per saat
Read/write speed: 1.5MBps-60MBps
USB:2.0 (Berkelajuan tinggi)
Bekalan kuasa: Bateri 280mAh Li-polymer bina dalam
Jangkamasa kuasa :1-2 jam bila di cas penuh
Penggunaan tenaga: n<0.8W
Muatan memori: Max 32GB(not included)
Suhu kerja: 0  - 60 darjah selsius
Suhu penyimpanan: -20 hingga 80 darjah Selsius
Perisian pemain: Windows Media Player, Real player, Storm codec, VLC
Menu bahasa :English/Chinese
Sistem operasi: WinXP, Win2000,Windows Vista, Win7
Saiz: 150 X 140 X 40mm (jika dilipat)
Berat : Purata 35 gram


Bagaimana mudahnya ia dikendalikan :

Merakam Video:
Apabila kacamata dalam kedudukan mod standby, tekan butang ON / OFF selama 2 saat. Lampu penunjuk LED merah akan berkelip sebanyak 3 kali lalu padam. Proses rakaman mula berjalan. Untuk menghentikan rakaman, tekan butang ON / OFF sekali dengan pantas (short press). Lampu LED biru akan berkelip 3 kali, fail rakaman video akan disimpan dalam bentuk AVI dan kamera ditutup / tidak aktif.

Merakam foto pegun:
Apabila kacamata dalam kedudukan mod standby, tekan butang ON / OFF dengan pantas sekali untuk snap satu imej foto. Lampu merah LED akan berkelip sekali menandakan satu imej foto telah dirakam. Tekan dengan pantas sekali lagi untuk gambar seterusnya dan lampu merah LED juga turut berkelip sekali lagi.

Menutup (shutt off) kamera:
Ianya dilengkapi dengan fungsi automatik padam sendiri jika ianya tidak aktif selama 1 minit setelah kacamata dihidupkan atau dalam kedudukan mod standby. Apabila bateri dalam situasi hampir habis, lampu LED berwarna merah dan biru berkelip 3 kali. Fail rakaman terakhir akan disimpan terlebih dahulu sebelum ianya padam sepenuhnya.

Sumber tenaga:
Jika ianya gagal untuk di hidupkan, selalunya ia berpunca dari kuasa bateri yang telah habis dan ianya perlu di cas semula. Untuk 3 kali pada peringkat permulaan, anda dinasihatkan untuk mengecas bateri selama antara 8 hingga 12 jam bagi memastikan prestasi terbaik pada masa seterusnya. Pastikan ianya TIDAK dicas melebihi dari 12 jam. 
Berikutnya, ianya memerlukan hanya 3 jam untuk cas penuh dengan menggunakan kabel USB.

Jika anda tidak menggunakan ia pada masa yang lama, kami mengesyorkan anda mengecas semula sebelum menggunakan.

Fungsi Reset
Sekiranya anda dapati fungsi kacamata tersekat (hanged / jammed), ianya perlu di reset semula. Anda perlu dapatkan jarum atau sesuatu yang tajam untuk dicucukkan pada lubang reset. Kedudukan lubang reset terletak paling hujung besebelahan dengan port usb pada batang penyangkut telinga. Terdapat suis kecil didalam lubang dan seakan rasa 'klik' apabila dicucuk dengan jarum.

Menetapkan Waktu Rakaman
Sila baca manual yang disertakan dan ikut arahan yang diterangkan. Sambungkan kacamata pada PC atau Laptop anda terlebih dahulu.

Setiap pakej di lengkapi:
1 x Kacamata berkamera HD
1 x Sarung kacamata
1 x Kain pencuci
1 x Kabel USB
1 x Panduan Caraguna
HARGA TAWARAN HEBAT: RM290 Sahaja termasuk kurier

No comments:

Post a Comment