Peralatan Luarbiasa Dan Unik Untuk Kemudahan Anda

Peralatan Luarbiasa Dan Unik Untuk Kemudahan Anda

Pemgimbas Tanpa Wayar

Secara pantas menukarkan segala petikan akhbar, majalah, kad perniagaan, artikel dari buku perpustakaan, gambar foto, resit mustahak serta dokumen penting anda menjadi imej digital. Skyp X pengimbas tanpa wayar sanggup melaksanakan tugasan ini untuk anda ! Mengimbas imej penuh warna dengan resolusi setinggi 600 DPI lalu menyimpannya kedalam kad memori MikroSD untuk dimuat turun semula ke komputer anda.



Scanner mudah alih tanpa wayar


Pengimbas imej tanpa wayar Skyp X menjadikan kerja-kerja pendigitalan imej begitu mudah dan pantas dilakukan dimana saja anda berada. Hanya lalukan / gerakkan Skyp X diatas dokumen yang ingin anda imbas, penderia imej yang sensitif pada spektrum warna akan megimbas dokumen anda dengan resolusi setinggi 600 DPI atau resolusi standard 300 DPI dan menyimpannya kedalam kad mikroSD untuk mudah dipindahkan ke komputer anda. Hanya sepanjang 9 inci menjadikan pengimbas Skyp-X amat mudah dibawa kemana saja bagi tugas mengumpul maklumat tugasan anda.

Jadi, apakah faedahnya penggunaan gajet pengimbas Skyp X dalam misi harian anda ?
Tugas utamanya ialah mendokumentasi secara digital setiap salinan yang anda ingini. Tiada lagi kerisauan tentang dokumen asal menjadi kotor atau rosak. Tiada lagi risau kehilangan kertas dokumen atau salah letak kerana segalanya telah dimuatkan kedalam kad mikroSD untuk kegunaan masa depan.

Kemudahan yang pasti. Penat lelah mengimbas dokumen dengan menggunakan mesin pengimbas biasa yang remeh pasti terhapus.  Dalam tempoh beberapa saat sahaja, ibu anda dapat menyalin resepi kegemaran beliau untuk persediaan menyambut perayaan atau pertemuan keluarga. Mungkin juga anda boleh membantu adik anda dalam menyiapkan artikel atau tugasan tesis pengajian akhir beliau. 




Perincian Produk:
Pengimbas pegangan tangan tanpa wayar
Pilihan resolusi standar 300 DPI dan resolusi tinggi 600 DPI
Pilihan imbasan penuh warna atau imbasan hitam dan putih
Fail disimpan kedalam kad mikroSD
Imbasan untuk dokumen bersaiz A4




Spesifikasi:
Penderiaan: Hubungan warna dengan pengesan imej bersaiz A4
Saiz imbasan permukaan: Lebar 8.27"; Panjang: 300DPI: 50"(Maksima), 600DPI: 25"(Maksima)
Resolusi standard : 300x300 DPI; Resolusi tinggi: 600x600 DPI
Kelajuan maksimum pengimbasan: 13 saat (Resolusi tinggi warna), 3.0 saat (resolusi rendah berwarna), 6.0 saat (Resolusi tinggi warna), 2.0 saat (Resolusi rendah - warna)
Anggaran bilangan fail yang di imbas oleh 1Gbyte kad mikro SD (tidak disertakan): Dokumen A4 size = 323 Foto (Warna beresolusi tinggi), 1190 Foto (Warna dengan resolusi rendah), 372 Foto (Mono beresolusi tinggi), 1320 Photos (Mono beresolusi rendah).
Memori: Kad MikroSD 1GB hingga 32GB (tidak disertakan)
Format fail: JPEG
Fungsi 'white balance' : Auto
Auto power off selepas 3 minit tidak aktif.
Sumber kuasa: 2 biji bateri AA (tidak disertakan)
Ketahanan hayat bateri: 2 biji bateri mampu mengimbas sehingga 180 imej dengan resolusi 600 DPI
Soket USB: Versi 2.0
Saiz ukuran: 256 X 30 X 31 mm


HARGA TAWARAN HEBAT: RM270 (Termasuk kurier Poslaju / Skynet)

No comments:

Post a Comment