Peralatan Luarbiasa Dan Unik Untuk Kemudahan Anda

Peralatan Luarbiasa Dan Unik Untuk Kemudahan Anda

4 Peralatan Berasaskan Kamera Tersembunyi + Perakam Siaran TV Asto Dan PS2.

Kamera Butang Baju

Kamera video berkualiti tinggi ini disembunyikan oleh rupa luaran yang berbentuk butang baju biasa. Saiznya yang begitu kecil membolehkan dimuatkan ke  dalam kotak gula-gula getah, kotak rokok atau disusun bersama butang-butang lain dibaju anda tanpa ada yang menyedari. Kamera butang ini merakam secara langsung kepada kad TF dengan video kualiti DVD 640 X 480 berformat AVI dengan kualiti bunyi audio saluran mono AMR menjadikan ianya gajet pengintipan kecil tersembunyi yang sukar dijangka.



Ciri-ciri Lain :
Rakaman dijalankan secara berterusan hingga memori penuh atau ditutup secara manual. Sambungan mudah dilakukan pada PC atau Laptop, tiada driver diperlukan.

Cara guna mudah:
(1) 'On' Power.
(2) Tekan butang rekod / stop sehingga Lampu hijau berkelip sekali, kini anda boleh mula
      merakam.
(3) Tekan butang rekod / stop  sekali lagi sehingga berkelip lampu hijau sekali, sekarang anda
      telah berhenti rakaman.


Fungsi Utama : Digital Video and Still Camera with Telescope Zoom Lens
Material : Badan logam yang diwarnakan hitam dan berbutang plastik
Penyimpanan : Memori dalaman 4GB
Format rakaman Video : AVI (640 X 480 piksel) pada 30 frame sesaat.
Format rakaman imej pegun : JPEG (1280 X 1024 piksel)
Video warna : YA
Lensa : 3.6 mm bersudut lebar.
Mikrofon : YA
Warna : Hitam sahaja
Jangkauan rakaman : 2 - 3 meter video, 1 - 2 meter Audio
PC Interface: USB
Persijilan : CE, FCC
Sistem operasi : Windows 98SE / 2000 / ME / XP / Vista
Dimensi : 60mm x 17mm x 19mm (L x W x H)
Bateri : 300mAh rechargeable Li-ion (cas semula dari USB)
Jangkamasa ketahanan bateri : Purata 1 jam rakaman video
Rujukan pengeluar : NS6OGWD177GQ

Pakej Termasuk:
Kamera Spy Butang
Panduan cara guna - English
Kabel mini USB ke USB

Harga Tawaran Hebat : RM180 Sahaja (Termasuk kurier Poslaju dengan nombor tracking)




U8-Spy Flashdrive Cam 

Kamera Spy Flashdrive USB Dengan Penderia Pergerakan. Percuma 8Gb Kad Mikro SD. Jangan terpedaya kerana ianya kelihatan seperti Flashdrive USB biasa, tetapi sebenarnya TIDAK !




Ianya mampu mengambil imej foto dan video berkualiti tinggi, mudah dikendalikan, padat, berpenampilan elegan, senang dibawa kemana-mana bagi tujuan santai, dokumentasi mahupun keselamatan. Ternyata ia begitu praktikal yang menjadi satu keperluan bergantung pada tujuan pengguna.




U8-Spy mempunyai rekabentuk yang unik serta penuh dengan kejutan yang tersembunyi. 8Gb memori dari kad mikro SD mampu menyimpan banyak dokumentasi penting. Saiz sokongan maksimum kad memori ialah 32Gb. Ianya juga boleh dilaraskan dengan fungsi automatik melalui mode penderia pergerakan. Untuk memuat turun video begitu mudah sekali iaitu dengan hanyak dicucukkan terus ke port USB komputer. Ternyata ianya ianya gajet spy yang begitu mesra pengguna.

U8-Spy Flashdrive Cam

Jadual Perbandingan Kad Memori VS Resolusi

Spesifikasi:

720*480 HD Mini Pinhole USB Pen Drive Style Digital Video Recorder, Motion Activated, Hidden Camera
Digital video recording function
Digital camera function
Digital Voice recorder function
Motion activated auto video recording
PC camera functions offer easy enjoyment of network life
Removable flash disk function
Micro SD card slot: Support up to micro SD 32GB, Buy from us Free micro SD 8 GB
USB interface: USB1.1 / 2.0
Power Source: Internal Li-ion Battery
Built in MIC: Yes
Video file format: AVI
Video file resolution: 720*480
Video frame: 30 frames
Photo format: 1280x1024 JPEG
Pixel: 2.0MP CMOS
Audio: 8bit Mono 24.000 kHz
Storage consumption 1GB/ 40 minutes
Battery capacity: 300mAh for supporting the work time up to 2 hours
Power supply: Built in battery
Operating system: Win 2000/XP/vista 32, Win 7, Mac OS
Dimensions (W*D*H): 7.4*2.5*1.2(cm)
Berat: 19 gram
U8-Spy Flashdrive Cam
                                                         
Pakej Lengkap U8-Spy termasuk:

1 x USB Mini U8 (4GB)
1 x Installation CD (Tidak lagi dibekalkan kerana telah perisian telah siap dipasang)
1 x User Manual
1 x USB Transfer Cable
 HARGA TAWARAN HEBAT: RM170 Sahaja termasuk penghantaran Poslaju




Kamera Spy Penyangkut Baju

Penyangkut baju atau pakaian yang di pasang pada dinding ini kelihatan serta berfungsi seperti kebanyakan penyangkut pakaian biasa. Tapi tersembunyi didalamnya adalah sebuah kamera video gred spy yang beresolusi tinggi.

Ini membolehkan anda secara rahsia dan yakin merakam imej bagi tujuan membongkar rahsia yang selama ini tidak anda ketahui samada yang berlaku di pejabat atau di kediaman tanpa ada yang mengesyaki. Teknologi 'motion detector' sentiasa memastikan rakaman dijalankan secara automatik sebaik saja mengesan sebarang pergerakan diruang yang sedang anda pantau. Rakaman boleh juga dilakukan secara mode manual.





Merakam Setiap Pergerakan.
Teknologi canggih gred spy ini dilengkapi penderia yang sensitif pada sebarang pergerakan untuk ianya menjalankan rakaman secara automatik. Hanya biarkan gajet ini dalam kedudukan suis ON dan ianya akan merakam secara automatik sebaik saja sebarang pergerakan dikesan. Ianya terbukti cara yang berkesan untuk memerangkap dan membongkar petualang yang selalu menggelidah ruang pejabat anda atau penjenayah yang menceroboh masuk (minta dijauhkan) atau kenalan yang mungkin cuba mengkhianati anda.

Rakaman Video Berdefinisi Tinggi

Merakam video dengan imej HD yang jelas dalam format AVI secara langsung terus ke simpanan kad SD Mikro 2GB (diberi percuma). Rakaman dengan kelajuan 30 frame per saat dengan resolusi video setinggi 1280 X 960 piksel memastikan perincian imej subjek anda jelas seperti tona kulit, warna mata, raut wajah setaraf seperti kamera pengawasan yang bersaiz penuh.

Letakkan kamera spy penyangkut pakaian ini diruang tamu, bilik tidur, ruang pejabat atau dimana saja yang anda fikirkan sesuai. Kemudian periksa dan analisakan hasil rakaman pada setiap penghujung hari. Apa yang terbongkar atau yang tidak anda ketahui selama ini mungkin akan memeranjatkan anda ! Pastikan anda membuat tempahan segera kerana kami tidak menyimpan stok yang banyak untuk produk unik ini.

Sekilas Pandang..

-Sebuah kamera HD penyangkut baju spy yang dilengkapi pengstoran Kad Mikro SD 2 Gigabyte
-Merakam Video serta Audio yang jelas
-Rakaman yang boleh diaktifkan secara automatik oleh penderia pergerakan
-Penyamaran kamera yang amat sukar dikesan oleh pandangan mata biasa
-Penyangkut pakaian lekatan dinding yang berfungsi sepenuhnya seperti penyangkut biasa yang lain
-Merakam sempurna dengan kualiti setinggi 1280 X 960 piksel dengan video selancar 30 frame per saat




Spesifikasi Pengeluar:
Fungsi Utama: Kamera video penyangkut baju pengintip
Material: Plastik ABS
Warna: Hitam Sahaja
Pengstoran: Kad Mikro SD 2GB (disertakan bersama)
White Balance: Automatik
Catatan Masa dan Tarikh: YA
Format Rakaman Video: AVI (MJPEG)
Frame per saat: 30 FPS
Resolusi Video: 1280 X 960 piksel
Mikrofon bina dalam: YA
Jarak jangkauan audio yang disyorkan: 1 - 3 meter
Jarak jangkauan video yang disyorkan: Sehingga 8 meter
Sumber kuasa: Bateri cas semula lithium polimer 280mAh bina dalam (cas terus dari USB port atau AC adapter)
Sokongan OS:  Windows 98SE/ME/2000/XP/Vista (bit versi 32 bit sahaja) /Windows7
Berat pakaian yang disyorkan untuk digantung seharusnya tidak melebihi 4 kg
Jangkamasa rakaman berterusan : Sekitar 2 jam jika bateri di cas penuh.
Kadar saiz fail rakaman: Sekitar 2.5 GB memori bagi setiap 1 jam Audio dan Video
Dimensi Tapak dalam mm: 120 (L) x 36 (W) x 14 (D)
Dimensi Penyangkut dalam mm: 45 dan 30 (D)
Rujukan Pengeluar: SKBUTB98GUPD

Nota Produk:
Didatangkan bersama pad berpelekat dengan braket dinding yang mudah dipasang. Sekali ianya dipasang pada dinding, anda boleh gelungsurkan penyangkut ke atas untuk membuka sambungan atau gelungsurkan ke bawah untuk menyambungkan semula.

Rakaman video akan merakam dan menyimpan setiap 5 minit, kemudian rakaman seterusnya akan berulang lagi bersama catatan masa dan tarikh. 

Pakej Lengkap
Unit kamera spy penyangkut baju
Kabel USB
Penyesuai kuasa AC dinding (100-240 Volt)
Buku panduan pengguna (English)
Braket Pemasangan dengan pad pelekat
HARGA TAWARAN HEBAT: RM180 Sahaja ( Termasuk kurier penghantaran Skynet )




Kamera Mikro Warsaw - Terkecil Didunia

Paling Kecil, Paling Comel dan Terpadat di Dunia !

Bayangkan, hanya sebesar duit syiling 20 sen. Direkabentuk secara unik untuk kelihatan seperti sebuah versi miniatur kamera profesional DSLR. Warsaw - Mengkagumkan kerana ianya tetap kekal berfungsi seperti sebuah perakam video dan gambar yang berkualiti tinggi seperti lazim dipasaran biasa. Gerenti ianya bakal menarik perhatian rakan-rakan disekeliling anda kerana saiznya yang luarbiasa unik, berbeza  tidak disangka serta selamba. Perhatian: Ia bukanlah kamera DSLR yang sebenar.



Sesuai untuk Sang Lelaki:

Ya!..kami sedar bahawa ramai lelaki diluar sana gemar untuk kelihatan lain dari yang lain. Tentu anda dengan mudah jadi perhatian rakan-rakan di sekeliling anda. Bagaimana pula dengan si gadis yang memerhatikan anda ?.. umpama memakai baju yang berwarna pink ! Mungkin ada rakan lelaki anda yang tertawa dibelakang (mungkin cemburu), sementara si gadis pula mungkin berfikiran " Siapakah agaknya jejaka unik yang begitu yakin dengan gaya unik dan berani itu ? Mungkinkah si dia masih belum berpunya ?

Kecil-kecil Cili Padi..

Sesuai juga untuk Sang Wanita:
Kami juga sedar, sememangnya mereka gemarkan sesuatu yang nampak comel. Betul tak ? Seperti arnab, kupu-kupu, anak kucing dan apatah lagi kamera comel mikro yang unik ini juga termasuk dalam kategori yang sama. Tapi awas, pastikan binatang peliharaan anda tidak tertelan atau tercekik 'snack' yang nampak cute ini.

Kenapa anda perlu memiliki si comel ini ?
Kamera mikro Warsaw ini sekarang sedang menjadi kegilaan remaja di Jepun. Layari website-website Jepun yang terkenal dan anda akan dapati ianya dijual pada harga sekitar USD120 manakala kualiti imej yang ditawarkan hanya sekadar cukup makan sahaja berbanding dengan produk kami yang lain. Jadikan juga ianya sebagai hadiah hari ulang tahun untuk si dia tersayang. Gajet kecil ini ternyata mudah dikendalikan dengan fungsi butang yang ringkas dan mudah dipelajari.

Sekilas pandang...
Merakamkan Video beserta Audio terus ke kad Mikro SD (diberi Percuma 2GB)
Saiznya yang kecil sesuai juga dijadikan sebagai kamera spy.
Menghasilkan kualiti gambar taraf DVD 640 X 480 piksel berkelajuan 30 frame per saat
Amat sesuai dijadikan hadiah kerana saiznya yang unik sebagai suatu pemberian anda yang mudah diingati.


Perincian Kamera Mikro
Spesifikasi Pengeluar:
-Fungsi utama: Kamera digital miniatur
-Binaan: Plastik ABS
-Warna: Hitam sahaja
-Memori: Kad mikro SD - Maksima 16GB (2GB diberi percuma)
-White balance: Automatik
-Rekod masa dan tarikh: YA
-Format rakaman video: AVI (XVID)
-Kelajuan: 30 frame per saat
-Resolusi video: 640 X 480
-Mikrofon bina dalam: YA
-Jarak jangkauan audio disyorkan: 1 hingga 3 meter
-Jarak jangkauan video disyorkan: Sehingga 8 meter
-Sumber kuasa: Bateri binadalam boleh cas semula 140mAh lithium polymer (cas terus dari USB port)
 OS sokongan: Windows 98SE/ME/2000/XP/Vista (versi 32 bit sahaja) /Windows7.
-Tempoh masa rakaman yang berterusan: Sekitar 40 minit jika dicas penuh
-Kadar saiz fail: 1 jam rakaman memerlukan memori sekitar 1 GByte
-Ukuran dalam mm: 26 (L) x 26 (W) x 28 (D)
-Rujukan pengeluar: PKBUTBH8GUPD

Nota Produk:
Penting: Jauhi dari kanak-kanak kecil kerana mereka mungkin akan tertelan / tercekik.
Untuk hasil gambar yang lebih baik: Pastikan ia berada dalam kedudukan yang stabil tanpa gegaran.

Pakej Lengkap
-Unit utama kamera mikro Warsaw
-Kabel USB
-Seutas tali 'Lanyard'
-Panduan caraguna - English
-Penyangkut rantai kunci
-CD-ROM

HARGA TAWARAN HEBAT: RM190 (Termasuk kos kurier penghantaran)





Perakam Siaran TV, Astro dan PS2

Khas untuk pengumpul koleksi video dari rancangan kegemaran di TV, Astro dan 'gamers PS2 / PS3'. Kini ada cara bagaimana untuk merakam terus ke hardisk laptop anda. Muat naik video kegemaran anda ke Youtube untuk dikongsikan bersama kawan-kawan. Merakam drama korea, kuliah agama, kuliah pendidikan, iklan dan sebagainya. Jadikan video koleksi anda sebagai isi bagi persembahan, pembelajaran, kursus, seminar atau kempen perniagaan dengan rakaman berkualiti DVD 720 X 480 piksel.




EZcapt menyokong sistem PAL 60 NTSC4.43 bagi membolehkan anda merakam adegan permainan dari Wii PS2 PS3 Xbox 360 HIS dan sebagainya. Ianya sesuai bagi kegunaan Window 7, XP dan Vista dengan 32 atau 64 bit (dengan driver terbaru dari internet). Juga turut menyokong Sistem pengoperasian Mac, akan tetapi aanda perlu ada perisian 'VideoGlide' (perisian Mac ini tidak disertakan).

EZcapt USB 2.0 Bar Perakam Video Baru dengan Palam Penyesuai Audio

Teknologi EZcapt ini membolehkan anda merakam video beserta audio yang berkualiti tinggi secara serentak dengan USB 2.0 tanpa memerlukan 'sound card' pada komputer anda.
Suatu cara penyelesaian untuk laptop, dimana kami turut sertakan bersama perisian suntingan video Profesional Ulead Video Studio 8.0 SE dalam DVD bagi memudahkan anda menghasilkan video taraf profesional. Hanya tiga langkah mudah untuk anda hasilkan video berkualiti walaupun anda hanya seorang amatur sahaja. Kongsikan bersama hasil kerja anda pada DVD, laman web, Youtube, Facebook, gajet mudah-alih dan sebagainya. Ianya menjimatkan masa anda, mudah digunakan dengan beberapa kesan khas yang telah tersedia dalam perisian Ulead menjadikan video klip anda kelihatan seperti hasil kerja yang profesional.

Spesifikasi :

Mematuhi Universal Serial Bus Spesifikasi Rev.2.0
Menyokong format video NTSC dan PAL
Input Video: Satu RCA komposit, One S-Video
Input audio: audio Stereo (RCA)
Dimensi (L) x 88mm (W) x 28mm (H) 18mm
Kuasa bus USB
Menyokong resolusi video berkualiti tinggi
NTSC: 720x480 @ 30fps
NTSC: 720x480 @ 30fps
PAL: 720x576 @ 25fps


Ciri-ciri :

Termasuk perisian penyuntingan video yang mudah dipelajarir: Ulead Video Studio 10.0 SE DVD
USB 2.0 yang popular tanpa perlukan palam kuasa tambahan.
Merakam Video & Audio secara lansung melalui USB 2.0
Kawalan Kecerahan, Kontras, Hue, dan Ketepuan (saturation) warna
Saiz ukuran yang munasabah untuk dibawa ke mana sahaja.
Pasang dan Mainkan.
Menyokong kebanyakan format fail: rakaman dalam DVD + / -R/RW, DVD + /-VR, dan DVD-Video
Sesuai untuk persidangan internet / mesyuarat secara online.
Keperluan Sistem :

Patuh pada port USB 2.0
Windows XP/7/Vista
Pentium4 ke atas
4 GB + ruang pada pemacu hard-disk
256MB RAM
Serasi dengan 'sound card' Wiindows
 Perakam TV EZcapt

Kandungan Pakej:
Penyesuai Video dengan Audio VDC60+ USB2.0
Perisian dalam CD-ROM  (termasuk Driver dan Aplikasi)
Kabel USB
Panduan pemasangan pantas

HARGA TAWARAN HEBAT: RM140 (Termasuk kurier Poslaju). Serahan tangan di kawasan Kuala Lumpur.

4 comments: