Peralatan Luarbiasa Dan Unik Untuk Kemudahan Anda

Peralatan Luarbiasa Dan Unik Untuk Kemudahan Anda

Pengesan Jejak GPS Dari Siemens (Mengesan Kedudukan Kereta, Barang Atau Individu)

KINI TIADA LAGI TEMPAT UNTUK MEREKA SEMBUNYI. Dia sentiasa anda perhatikan dari satelit terus ke handphone/komputer anda !

Kita sering tertanya-tanya, kemanakah hilangnya harta benda yang kita sayangi. Dimanakah pula anak anda, kawan anda atau si dia sedang berada sekarang ? Selamatkah dia atau adakah dia berada ditempat yang sepatutnya ? Anda terdesak untuk tahu ? Pengesan jejak dengan perkakasan keluaran Siemens ini akan melapurkan segala-galanya terus ke handphone/komputer anda serta-merta dengan ketepatan, terus dari pantauan satelit 400km di langit.

Pengesan jejak berteknologi terkini dan berketepatan tinggi dari Siemens AG, sememangnya mudah dikendalikan. Bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang lokasi kedudukan terkini bagi subjek yang sedang anda pantau dengan bantuan peta Google.




Menjejak sebarang lokasi subjek yang anda inginkan seperti kenderaan yang anda sendiri / pinjamkan, harta benda anda, lokasi  ahli keluarga tersayang anda seperti anak, isteri, suami atau pekerja anda sendiri. Juga memberitahu berapakah kelajuan ianya sedang bergerak. Ianya memang diakui ALAT PENGESANAN LOKASI GPS TERKECIL DIPASARAN.

Golongan pembeli Penjejak GPS ini terdiri:
PEMILIK KENDERAAN- Menggelak dari kes-kes kecurian yang makin meningkat setiap hari.
LOGISTIK dan PENGANGKUTAN - Berkaitan pemantauan pergerakan / kelajuan kenderaan.
PENGURUSAN organisasi dan harta- Memantau kakitangan dan ahli keluarga serta aset bergerak.

Kenapa GPS ini penting bagi anda?
Bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang lokasi kedudukan terkini bagi subjek yang sedang anda pantau dengan bantuan peta Google terus ke handphone anda. Pada kos hanya 5 sen untuk setiap maklumat yang diterima, tentu jauh lebih berbaloi berbanding dengan nilai aset anda yang lebih berharga. 

Kelebihan GPS ini.
-Jika diletakkan di dalam kereta anda, ianya tidak mudah disyaki (diketahui) oleh sesiapa saja/pencuri kereta bahawa kereta yang sedang dipandunya telah dipasang dengan GPS. Ini kerana tiada pendawaian ke bateri diperlukan. Anda hanya perlu sembunyikan GPS ini dimana-mana / diruang tersembunyi di dalam kereta anda.
-GPS ini juga tidak memerlukan anda membayar sebarang yuran bulanan / tahunan kepada mana-mana pihak penyedia perkhidmatan GPS.

Kemanakah dan dimanakah agaknya mereka berada sekarang ?
Berketepatan tinggi, hampir tiada tempat untuk mereka sembunyikan diri dari anda ! Anda memerhatikan mereka terus dari satelit ke handphone anda.
Menjejak sebarang lokasi subjek yang anda inginkan seperti kenderaan yang anda sewakan / pinjamkan, harta benda anda, lokasi  ahli keluarga tersayang anda seperti anak, isteri, suami atau pekerja anda sendiri.

Secara ringkasnya, Penjejak GPS adalah gajet kecil yang berhubung dengan satelit bertujuan untuk mengesan:
-Melapurkan lokasi terkini kedudukan subjek anda dengan ketepatan tinggi terus ke handphone anda.
-Memantau setiap pergerakan dan kelajuan subjek terus ke handphone anda.
-Merekod setiap peta corak pergerakan terus kedalam kad memori GPS (terbaru model 2013)
-Mendengar perbualan / bunyi sekeliling peranti GPS terus dari handset anda (voice surveillance)
-Berfungsi berpandukan sistem sedia ada di Malaysia iaitu melalui rangkaian GSM/GPRS dan jaringan satelit GPS. Produk ini berupaya mengawasi serta mengenal pasti lokasi sasaran dengan tepat hanya melalui SMS yang anda hantar atau GPRS.  Sebaik sahaja anda menghantar mesej teks SMS pada unit ini, secara otomatik ianya akan membalas dengan maklumat kordinat atau lokasi kedudukan ia berada sekarang. Anda boleh menggunakan atau memeriksa maklumat kedudukan kordinat yang diterima melalui perisian pemetaan seperti Google Earth / Google Map atau peralatan GPS (Satnav) kereta anda.

Bukan itu saja, anda boleh mendapatkan maklumat kedudukan sasaran pada selaan masa spesifik (minimum 30 saat) atau mengikut selaan masa setiap 30 saat (contoh) melalui hubungan GPRS komputer anda pada masa sebenar.



Merujuk gambar diatas:
1) Bagi mengetahui lokasi kenderaan anda, anda perlu membuat panggilan ke no. simkad yang dipasang pada GPS anda. Biarkan     panggilan tersebut tamat sendiri.
2) GPS anda akan membalas serta-merta maklumat lengkap ke handphone anda, iaitu lokasi terkini kenderaan anda, seperti gambar      contoh di atas.
3) Kemudian, buka perisian Google Earth. Perisian ini anda boleh download secara percuma sahaja di google. Klik disini untuk download.
   a) Pada laman google earth, klik pada perkataan Download Google Earth di sudut atas sebelah kanan laman.
   b) Klik I agree 
   c) Klik 2 kali pada perkataan GoogleEarthSetup.Exe  dan klik  Run.  Kemudian klik  Yes.
   d) Tunggu hingga proses download selesai. Kemudian anda sudah boleh menggunakan perisian ini pada komputer/handphone anda.
 
Cara menggunakan perisian ini, masukkan maklumat longitud dan latitud yang anda terima melalui SMS tadi ke ruangan/kotak  Search. Taipkan maklumat seperti berikut  3.150970, 101.700040 (seperti contoh pada gambar rajah di atas). Mulakan dengan menaip maklumat latitude dan diikuti dengan maklumat longitude kemudian klik Search.

Pada gambar rajah peta akan menunjukkan secara jelas dimana lokasi sebenar kereta anda seperti contoh pada gambar peta di atas. Gerakkan anak panah tetikus (mouse) anda kepada gambar yang bertanda, untuk mengetahui alamat penuh lokasi tersebut. Kini, dengan mudahnya anda dapat mengesan lokasi kenderaan ataupun subjek anda.

Bagaimana pula dengan kos setiap kali untuk mendapatkan maklumat kedudukan lokasi terkini kereta/subjek anda?
TERAMAT MURAH ! Purata hanya 5 sen bagi setiap caj mesej SMS yang dikenakan oleh penyedia perkhidmatan pilihan anda seperti Maxis, Celcom, Digi dan sebagainya. Tidak kira sama ada SIMKAD telefon anda menggunakan Prepaid ataupun Postpaid. Anda pasti mampu!

Anggaran kos caj simkad untuk mengesan lokasi semasa kereta / subjek anda:

(RM0.05 sen sekali sms) x (Jika 3 kali sms sehari cth: pagi/petang/malam = RM0.15 sehari) x (30 hari = RM4.50 sahaja sebulan) Demi keselamatan kenderaan anda.

Ini sungguh berbaloi dan menjimatkan jika dibandingkan dengan penggunaan GPS yang memerlukan anda melanggan servis mereka dan anda perlu membayar servis tersebut setiap bulan.Manakala, GPS Siemens ini tidak memerlukan anda melanggan sebarang perkhidmatan. Jadi tiada bayaran bulanan atau bayaran tertentu yang perlu dibayar lagi selepas anda membeli GPS ini. Cuma anda perlu memastikan talian simkad pada GPS ini sentiasa aktif untuk membolehkan ianya menghantar isyarat lokasi kepada anda.

Tambahan pula, tiada sebarang pendawaian diperlukan pada kenderaan anda untuk memasang GPS ini. Cukup sekadar anda sorokkan GPS ini di dalam kenderaan anda pada tempat-tempat tertentu yang tidak mudah disyaki oleh sesiapa.

Dalam membesarkan anak-anak yang sedang bersekolah, tidak dinafikan memang agak rumit dalam memantau keselamatan mereka. Tambahan pula menetap di kotaraya sebesar Kuala Lumpur dimana suami dan isteri sibuk bekerja dengan rutin yang ketat. Urusan anak-anak (makan, ke sekolah agama pagi, kelas mengaji Quran dan naik bas ke sekolah rendah petang) terpaksa diserahkan separuh kepada penjaga / pengasuh.

Sememangnya kami sedar pergerakkan anak harus di pantau setiap masa. Adakah segala rutin mereka lancar dan teratur serta berada pada lokasi sepatutnya ? Anda ingin bekerja dengan HATI YANG LEBIH TENTERAM tanpa perlu risaukan keselamatan anak atau ahli keluarga anda. Anak yang semakin meningkat remaja sudah tentu terdedah dengan berbagai godaan, pergaulan kawan-kawan dan hiburan diluar sana. PEMANTAUAN pergerakan mereka adalah amat penting, agar tidak menyesal dikemudian hari. Di syorkan Penjejak GPS berteknologi satelit ini adalah ikhtiar yang perlu ada pada setiap keluarga dalam menjamin keselamatan mereka apatah lagi dengan kadar jenayah yang tinggi terutamanya dikota-kota besar. Memang berbaloi untuk mengorbankan sedikit wang anda asalkan segalanya selamat dan tenteram. Anak-anak dan keluarga anda adalah harta yang tidak ternilai. Insya'allah.

Setakat ini ramai pembeli penjejak GPS kami masih dikuasai oleh kaum wanita. Mungkinkah mereka lebih peka dan perihatin tentang keselamatan keluarga berbanding kaum lelaki ? Tidak kurang juga yang membeli untuk memantau kemanakah menghilangnya teman lelaki / wanita atau suami mereka. Ya, kami faham situasi mereka dan 'No Comments'...

10 kegunaan utama bagi Gajet Penjejak GPS:
1.Pencegahan Kecurian Kereta: Dengan memasang alat mengesan pada kenderaan, lokasi ia sentiasa boleh diketahu dan di pantaui. Ini akan membantu mengurangkan peratus kecurian kenderaan yang tinggi di Malaysia. Banyak ciri-ciri canggih pada penjejak GPS kami mempunyai fungsi pencegahan kecurian kenderaan.

2.Orang Kurang Upaya: Sama seperti orang-orang tua, orang kurang upaya perlu menggunakan gajet pengesanan yang menawarkan panggilan kecemasan (butang SOS) segera bagi membantu dalam kes kecemasan.

3.Penjagaan Warga Tua: Warga tua boleh mendapat manfaat daripada perkhidmatan yang termasuk keupayaan untuk membuat panggilan kecemasan pengesanan. Mereka boleh memanggil perkhidmatan kecemasan dalam kes mereka jatuh dan tidak boleh bangun atau kerana isu-isu kesihatan dan dibantu dengan cepat.

4. Polis & Detektif Peribadi: Polis boleh mendapat manfaat dengan melampirkan peranti pengesanan kepada kenderaan semasa penyiasatan, yang membolehkan mereka dengan mudah mengesan pergerakan dan datang dengan bukti-bukti yang kukuh.

5. Aktiviti Kembara: Pejalan kaki sering mengambil risiko meneroka kawasan yang tidak dicartakan. Dengan penjejaki GPS, pejalan kaki yang hilang dapat ditemui dengan cepat sekiranya mereka dilengkapi dengan gajet pengesan jejak GPS ketika menempuh hutan belantara.

6.Wanita Tunggal: Terdapat banyak kawasan atau zon yang bahaya bagi seseorang wanita yang bersendirian. Berwaspada sebelum terlewat dapat mencegah dari memasuki situasi perangkap bahaya. Sebuah penjejak GPS yang disimpan di dalam beg tangan wanita mungkin menjadi faktor penyelamat bagi seseorang wanita.

7.Penggemar Perkemahan: Sama seperti pejalan kaki, peminat perkhemahan yang membawa peranti pengesanan GPS kurang cenderung untuk hilang tanpa diselamatkan. Mereka juga boleh mengesan/mengetahiu di mana mereka sedang berada dan di mana mereka mahu tujui. Ini akan memudahkan mereka mencari tapak perkhemahan baru disamping mencegah mereka dari tersesat.

8. Pengusaha Syarikat Kereta Sewa dan Logistik: Penjejak GPS membolehkan seorang pengusaha kereta sewa sentiasa memantau pergerakan aset milik mereka. Pengusaha lori dan bas pula dapat menguruskan laluan kenderaan syarikat mereka dengan lebih terancang iaitu tentang kecekapan pengurusan sambil mengurangkan pembaziran masa dan bahan api. Ianya adalah sesuatu yang berkait dengan keuntungan dalam operasi syarikat.

9. Haiwan peliharaan: Peranti pengesanan ini mudah di pasang atau dikalungkan pada haiwan peliharaan. Ini sekaligus dapat mencegah kes kehilangan binatang peliharaan yang seringkali berlaku ketika ketiadaan tuannya.

10. Lukisan / Keselamatan Kerjaseni: Artwork adalah berharga dan sering ditukar ganti, Ini sering menjadi
sasaran utama untuk pencuri. Dengan GPS ini anda boleh mengesan kembali hasil seni anda.

FUNGSI-FUNGSI LAIN GPS INI (FUNGSI TAMBAHAN) SELAIN DARI MENGESAN KEDUDUKAN SUBJEK ANDA:
1) Butang Isyarat kecemasan SOS
Ianya juga dilengkapi butang isyarat kecemasan SOS di sebelah rusuk kanan gajet ini. Tekan butang SOS ini selama 3 saat, ianya akan menghantar mesej "help me!" kepada semua nombor telefon yang telah didaftarkan dengan GPS ini. Mesej ini dihantar setiap 3 minit bersama kedudukan koordinat terkini hinggalah ianya dijawab oleh salah satu dari nombor-nombor telefon yang telah didaftarkan dengan GPS ini. Mesej yang akan diterima bertulis "help me!"

Mesej kecemasan ini hanya akan berhenti menghantar mesej setiap 3 minit, setelah mendapat balasan (reply) dari nombor-nombor yang didaftarkan pada GPS ini.

2)Fungsi Pengesanan Amaran Pergerakan (Laporan serta-merta jika ada pergerakkan kereta anda):
Ianya akan melapurkan amaran serta-merta ke handphone anda sebaik sahaja mengesan ada perubahan lokasi atau pergerakan sejauh lebih dari 200m hingga 9999 meter. Untuk menetapkan fungsi ini, anda perlu menghantar SMS ke no. simkad GPS anda dengan menaip  "move+password anda+jarakkan+0200".
Contoh:
move123456 0200 dan kemudian hantarkan ke nombor Simkad GPS anda lalu ianya akan membalas:
"move OK" jika telah berjaya.
Mesej amaran SMS yang anda akan terima lazimnya adalah seperti contoh berikut: Move+maklumat latitud+maklumat longitud, pada selang masa setiap 3 minit. Untuk mematikan fungsi mesej amaran pergerakan ini, anda perlu menghantar SMS ke GPS anda seperti berikut: "nomove+password anda".        
( Gunakan password default / sementara: 123456).
Tanda + bermaksud jangan jarakkan antara perkataan tersebut.

3) Fungsi Pengawasan Suara ( Mod Monitor )
Penjejak GPS model terbaru kami juga dilengkapi dengan fungsi pengawasan suara atau 'voice surveillance'. Ianya dilengkapi dengan liang mikrofon kecil pada sisi kanan yang berfungsi mendengar perbualan disekitar GPS ini diletakkan. Fungsi asal/default penjejak GPS ini ialah 'tracker mode' iaitu untuk pengesanan kedudukan lokasi. Dalam kedudukan 'monitor mode' pula, pengesanan lokasi tidak dapat dilakukan. Untuk mengaktifkan fungsi monitor mode ini, hantarkan SMS ke nombor simkad GPS anda seperti berikut:

Taipkan “monitor+(password anda) dan send. GPS ini akan membalas "monitor OK !" jika berjaya. Untuk kembali ke fungsi asal sebagai penjejak lokasi atau "Tracker Mode" hantarkan SMS seperti berikut: “tracker+password anda” dan ianya akan membalas dengan jawapan "tracker OK !" jika telah berjaya. Gunakan Password default / sementara iaitu: 123456

4) Fungsi Amaran Pengesanan Kejutan (Shock Sensor)
Antara fungsi terbaru Penjejak GPS ini. Ianya dalam kedudukan tidak aktif pada penetapan asal dari kilang. Untuk mengaktifkannya, taip pada handphone anda: “shock+password anda” dan hantar SMS ke no. simkad pada GPS anda dan ianya akan membalas “Shock is activated!” jika berjaya.
Ianya berfungsi jika setiap kali Penjejak GPS mengesan sebarang getaran atau hentakan pada kereta anda, anda akan menerima mesej “Sensor alarm+Geo-info” Mesej ini akan dihantar ke setiap nombor yang telah anda daftarkan.Kadar sensitiviti deria pengesan kejutan mempunyai tiga tahap berbeza seperti berikut:

Pada Tahap 1, amaran akan diaktifkan sebaik saja mengesan sedikit getaran.
Cara untuk aktifkan amaran ini, hantarkan SMS ke no. simkad GPS anda: "sensitivity+password anda (jarakan)+1"

Pada Tahap 2, amaran dihidupkan selepas mengesan 8 kali getaran dalam masa 2 saat.
Cara aktifkan amaran ini SMS: " sensitivity+password anda (jarakan) +2 "

Pada Tahap 3, amaran akan diaktifkan selepas mengesan hingga 25 kali getaran dalam 5 saat.
Cara aktifkan amaran ini SMS: " sensitivity+password anda (jarakan)+ 3 "

Untuk nyah-aktifkan (hentikan) semua fungsi amaran ini, hantarkan SMS ke simkad pada GPS anda seperti berikut: Taipkan "noshock+password anda"

Antara ciri-ciri unik GPS ini:
-SIRF3 Chip, modul Simcom300 GSM/GPRS
-Pelbagai fungsi secara langsung seperti Sistem Auto-track, Pengintipan perbualan, 'pagar-geo' yang akan
  memberi amaran jika subjek/kereta anda memasuki kawasan diluar yang ditetapkan/dihadkan oleh anda.
-Pelbagai fungsi amaran seperti isyarat sebarang pergerakan, isyarat melebihi kelajuan yang ditetapkan
 (SMS amaran dikirimkan automatik) serta amaran bateri lemah.
-Memberi amaran jika subjek sasaran telah bergerak melebihi kelajuan yang telah anda tetapkan.
-Gajet Anti-Kecurian yang berkesan untuk pencegahan kehilangan kenderaan ringan atau berat sekaligus
  memerangi kadar jenayah kecurian domestik.
-Sesuai untuk pengendali kereta sewa atau pengurusan pengangkutan ulang-alik.
-Mengawasi dan melindungi anak-anak anda, orang kurang upaya, warga tua, binatang peliharaan dan
 sebagainya.
-Memastikan anda selalu dalam aman dan tenteram jika anda seorang ahli perniagaan yang selalu
 bergerak/outstation.
-Menguruskan pekerja atau kakitangan anda dengan lebih efisien.
-Menjejak kes jenayah secara rahsia.
-Automatik memberi laporan kedudukan kordinat terakhir jika gagal mengesan subjek/kereta anda.
-Konfigurasi atau penetapan fungsi arahan melalui SMS atau melalui aplikasi perisian dari pemuka USB.
-Butang SOS (jika berlaku kecemasan). Dalam kes penculikan contohnya, kordinat kedudukan anda akan
 dikirimkan ke telefon yang telah didaftarkan.

Spesifikasi :
Rangkaian perkhidmatan: GSM / GPRS
Band: 850/900/1800/1900 Mhz
GPS Chip: SIRF3
Modul GSM/GPRS : Siemens MC55/MC56 Simcom300/340
Sensitiviti GPS : -159 dBm
Ketepatan GPS : 5 meter
Pengecas Kereta : 12-24V input, 5V output
Pengecas dinding : 110 - 220V input, 5V output
Bateri : Li-ion boleh di cas semula dan ditukar ganti - 3.7V 800mAh
Standby: 48 jam
Mempunyai permukaan bermagnet untuk dilekatkan pada permukaan logam.
Dimensi: 64 X 46 X 17mm
Berat: 50 gram




Pakej Pengesan Jejak GPS

-1 X Unit utama Penjejak GPS
-2 X Bateri Li-ion boleh dicas semula
-Sarung perlindungan plastik kalis cuaca
-Pengecas bateri
-Badan bermagnet
-1 X Power Adapter
-1 X CD Driver dan perisian
-1 X Set Manual cara guna (English).


  *No. Sim kad 5 digit di atas adalah sebagai contoh sahaja. No. Sim kad sebenar mempunyai 7 digit.

Tips pemasangan atau penetapan mudah untuk permulaan / Langkah Mudah Setup GPS:
1-Beli sebarang Simkad telefon yang baru (samada Celcom, Digi, Maxis dsb). Pastikan simkad baru boleh
    beroperasi sempurna setelah didaftarkan.
2-Cas bateri dulu untuk 8 hingga 12 jam untuk pertama kali dan 3 hingga 5 jam tempoh cas diperlukan
   untuk operasi seterusnya. Lampu hijau akan berkelip-kelip.
3-Masukkan simkad kedalam tracker, pasangkan bateri yang sudah dicas penuh. Setelah 10 hingga 40 saat,
   tracker mengenal pasti servis perkhidmatan tersedia.
4-Lampu penunjuk hijau akan berkelip setiap 4 saat sebaik sahaja rangkaian perkhidmatan dikesan. Ia juga
   menandakan Simkad telah dipasang betul (tidak terbalik).
5-Password default alat ini ialah 123456. PENTING: Pada langkah 5 hingga 7, perlu anda lakukan diluar
   bangunan dan terdedah pada langit supaya ada hubungan terus dengan satelit di angkasa. Langit mesti
   cerah dan bersih. Hantarkan SMS ke simkad  unit tracker dengan mesej:  begin123456
6-Alat ini akan membalas: "begin OK" terus ke handphone anda iaitu menandakan kelulusan diterima.
7-Seterusnya, GPS tracker ini harus didaftarkan / diprogramkan pada nombor handphone anda. SMSkan
   ke tracker dengan menaip "admin+password anda (jarakkan) handphone". 
  Contohnya: admin123456 0122345678
8-Jika ianya berjaya didaftarkan, tracker akan membalas melalui SMS: "admin ok" menandakan kelulusan
   diberi.
9-Selepas 1 jam langkah-langkah diatas telah di ikuti, gajet GPS tracker ini akan beroperasi sepenuhnya 
   dengan memberikan informasi kedudukan dalam maklumat latitud, longitud, kelajuan, masa, dsb terus ke
   handphone anda.
10-Setiap kali anda dail kepada nombor simkad GPS Tracker ini, ianya akan membalas SMS tentang segala maklumat kedudukan untuk        anda pantau pada Google Earth, Google Map atau sebarang alat pemetaan yang anda ada.
11-Tracker ini juga boleh memberi lapuran kedudukan sasaran secara automatik untuk setiap 30 saat.
      Hantarkan SMS dengan menaip: "t030s005n+password anda". Contohnya: t030s005n123456
12-Baca dengan teliti manual (CD atau buku) yang disertakan untuk lebih maklumat terperinci. Contohnya
     untuk penetapan masa, tukar password, amaran geo-fence (penetapan had sempadan pergerakan),
     amaran pergerakan subjek, amaran kelajuan sedang melebihi had ditetapkan, amaran kecemasan "help me" jika butang SOS ditekan      dan banyak lagi yang tak mampu kami terangkan disini. Kesimpulannya, "IANYA MEMANG GAJET YANG AMAT CANGGIH !"

Kami akan memberikan perkhidmatan selepas jualan untuk pembelian produk ini oleh bahagian teknikal kami. Jika anda masih tidak faham untuk menggunakannya, kami bersedia memberi tunjuk ajar sehingga anda betul-betul mahir menggunakan peralatan ini. Sila hubungi bahagian teknikal kami melalui no. telefon yang diberikan bersama produk ini atau untuk pertanyaan mengenai produk hubungi 012-2491560.

HARGA TAWARAN HEBAT: RM390 (Termasuk kos pos laju dan No Tracking)

5 comments: