Peralatan Luarbiasa Dan Unik Untuk Kemudahan Anda

Peralatan Luarbiasa Dan Unik Untuk Kemudahan Anda

Penghalau Tikus/Lipas/Lalat/Semut/serangga Perosak. Gelombang Ultrasonik (dengan penunjuk malam LED dan AC Outlet)

Ucapkan Selamat Tinggal kepada.... Tikus, Lipas, Lalat, Semut dan lain-lain serangga perosak dirumah anda! Serangga termasuk kutu merayap sememangnya pengganggu utama di rumah-rumah di Malaysia. 



Kebanyakkan isi rumah di Malaysia memilih cara biasa yang belum tentu berkesan dalam menghalau dan membasmi makhluk perosak seperti penggunaan semburan dan aneka perangkap. Bukan sahaja nampak kotor malah mendatangkan kesan sampingan berterusan yang memudaratkan kesihatan keluarga. Kesemua masalah ini boleh disingkirkan dengan teknologi gelombang ultrasonik dan elektromagnet dalam memerangi musuh rumah ini. Gelombang elektromagnet dan ultrasonik sememangnya bersih, selamat, tiada kesan mudarat, tidak mengeluarkan sebarang bau dan mudah digunakan.


Kini Penggunaan Gelombang Ultrasonik dan Elekromagnetik adalah teknologi selamat untuk menghalau pelbagai haiwan perosak domestik.

Hasil kajian dari University Negeri Kansas Amerika mengesahkan bahawa penggunaan kedua-dua gelombang ini sememangnya mengganggu, menyuraikan dan menjauhkan kebanyakan haiwan perosak dirumah. Gajet ini berfungsi dengan menjana gelombang jarak pendek, bunyi berfrekuensi tinggi teramat langsing dimanana ianya mustahil dapat didengar oleh deria telinga manusia (kurang dari 20,000 Hertz). Ini adalah kerana telinga manusia amat terhad sensitiviti pada bunyi ultrasonik dimana gegendang telinga manusia tidak cukup pantas untuk menerima getaran setinggi itu. Sebaliknya, beberapa jenis binatang seperti anjing, kelawar, tikus, serangga berupaya mendengar dengan baik pada kesan bunyi ultrasonik. Sesetengah jenis serangga seperti belalang, cengkerik dapat mendengar bunyi berfrekuensi dari 50,000 hingga 100,000 Hertz dan malahan rama-rama mampu mendengar ultrasound setinggi hingga 240,000 Hz.

Secara ringkasnya, penggunaan gelombang ultrasonik benar-benar mengganggu 'kesejahteraan' hidup mereka dirumah anda terutamanya tikus (30,000 - 50,00 Hz) dan lipas atau haiwan perosak domestik amnya.

Boleh dikatakan kebanyakan rumah yang padat seperti di Lembah Klang mempunyai masalah tikus yang bermaharaja lela. Bermacam cara telah digunakan seperti perangkap sangkar (tidak mengena), gam tikus (kotor) dan racun (bangkai tikus dimerata tempat). Akhirnya penghalau ultrasonik adalah penyelesaian yang SEMEMANGNYA BERKESAN." 

Mengikut pengalaman kami sendiri dalam mengunakan gajet ini:
Hari pertama - Tiada apa yang berlaku.
Hari ketiga   - Tikus masih ada tapi nampak seperti mereka gelisah dan huru-hara. Sesuatu terjadi ! Trafik laluan utama mereka nampak kurang sibuk.
Hari Kelima - Kesan sampingan pada lipas (terbang tak tentu arah). Tikus masih ada, tapi jarang kelihatan melintas. Yes ! Mula berhasil.
Hari Ketujuh - Rumah menjadi tempat paling dibenci tikus kerana terlalu 'bising' dan tiada lagi syurga bagi mereka. Sekali sekala melintas.
3 bulan berlalu - Bila tinggalkan rumah untuk balik kampung, tiada langsung najis dan bau kencing dilantai. Tikus hanya meneruskan aktiviti sosial diluar rumah. Walaupun generasi baru sang tikus lahir, hanya muncul seketika, dan lesap terus. Beranak pinak hanya diluar rumah sahaja. 



Sijil perakuan produk: Registered Trademark, EC British Certificates dan Conformity Certificates. Diperdagangkan atas jenama 'HEADLINE' dimana kesemua persijilan ini diwajibkan bagi tujuan kelulusan eksport ke Eropah secara meluas.

Fungsi Utama :

-Penghalau Makhluk Perosak elektronik yang berupaya membasmi tikus, lipas, dan serangga lain (tidak  termasuk nyamuk) dengan berkesan.
-Ianya dikawal oleh komputer mikro bina dalam yang menghasilkan denyutan gelombang dengan frekuensi
 tertentu (lebih dari 20,000 Hz)
-Menggunakan 2 serangan denyutan gelombang berfrekuensi iaitu akustik dan elektromagnetik untuk
 menyerang dan mengganggu saraf makhluk perosak. Satu-satunya cara untuk mereka 'aman' ialah :
 "Tinggalkan Kawasan ini !"
-Tiada bau, Tiada penggunaan bahan racun, Tidak menghasilkan asap, Tiada bunyi kedengaran dan paling
 penting - TIADA LANGSUNG KESAN SAMPINGAN pada manusia.
-Boleh digunakan secara berterusan tanpa sebarang penyelenggaraan.
-Sesuai untuk digunakan untuk kediaman, ruang pejabat, restoran, gudang dan sebagainya.

Operasi Penggunaan :
1) Pasang pada soket yang berhampiran dengan tempat laluan paling kerap haiwan perosak berada.
    Jika  lampu hijau dan merah berkelip, bermakna alat ini beroperasi sempurna.
2) Kerlipan lampu merah bermaksud denyutan gelombang akustik berfrekuensi tinggi sedang dijanakan,
    bersama penghasilan denyutan gelombang elektromagnet yang sedang bekerja serentak.
3) Sistem perlindungan litar bina dalam mengawal limpahan kuasa elektrik bertindak bila lampu merah akan
    padam seketika. Akan hidup semula selepas 2 minit pada suhu konstant.
4) Berkesan pada ruang lingkup yang seluas 60 meter persegi. Anda perlu menggunakan 2 atau lebih unit
    gajet ini bagi menampung kawasan yang lebih luas atau banyak bilangan tingkat bangunan.
5) Ia memberi kesan serta merta pada sesetengah haiwan perosak dan menghalau keluar bagi kebanyakkan
    mereka antara 2 hingga 4 minggu jika diguna berterusan.


Perhatian dan Amaran:
-Jangan menggunakan alat ini berhampiran dengan punca yang mudah meletup. Jangan lakukan ini.
-Jangan memasang semula atau mengubah suai alat ini.
-Jangan diletakkan berhampiran televisyen kerana bunyi dari televisyen mengganggu rentak frekuensi dari  
  alat ini.
-Jangan dedahkan alat ini pada hujan atau air.
-Jika anda membela binatang peliharaan seperti hamster atau sejenis dengannya, jangan gunakan alat ini ! 
-Kelebihan Gelombang Ultrasonik sebagai Penghalau Perosak Rumah : 

·        Tiada lagi penggunaan semburan bahan racun (agen kanser)

·        Tiada lagi perangkap

·        Tidak melibatkan bahan racun yang berbahaya

·        Selamat untuk seluruh ahli keluarga

·        Hanya plug in, amat sesuai bagi kegunaan rumah kediaman dan pejabat.

·        Penggunaan Tenaga yang Cekap

·        Lampu malam LED dengan suis ON / OFF

·        Palam kuasa AC tambahan, tiada pembaziran plug AC anda.

·        Berkuasa dan Berkesan untuk jangkauan ruang seluas 60 meter persegi.

HARGA TAWARAN HEBAT: RM160 Sahaja (Termasuk kurier Poslaju dan Nombor Tracking)

2 comments: